Pencapaian
pelajar bergantung kepada beberapa faktor. Antara satu faktor yang
menyebabkan berlakunya jurang pencapaian pelajar adalah lokaliti. Lokaliti boleh dibahagi kepada dua iaitu kawasan bandar dan luar bandar.
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130907/dn_14/Jurang-perbezaan-membimbangkan
Jurang pencapaian pelajar sekolah
bandar dan luar bandar menjadi isu yang diperdebatkan. Seperti diketahui,
pencapaian pelajar sekolah luar bandar jauh berbeza dengan pencapaian
sekolah luar bandar. Pada peringkat awal Pembangunan pendidikan di Malaysia tertumpu
kepada pembinaan sekolah di bandar. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan
kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan
sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di
luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai
kekurangan dari segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru
serta sokongan ibu bapa dan masyarakat.
Jurang
pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam Matematik juga antara
isu yang timbul dek kerana penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pdpc di sekolah. Matematik adalah matapelajaran yang sukar.
Keadaan bertambah buruk lagi apabila terpaksa akur dengan saranan kerajaan yang
mencadangkan Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris sejak tahun 2003. Hal
ini disebabkan oleh kekurangan guru-guru yang berkemahiran bertugas di
luar bandar. Masalah ketidaksepadanan opsyen dalam kalangan guru telah
mengakibatkan proses Pdpc terganggu. Sebagai contoh, guru yang bukan opsyen
Matematik terpaksa mengajar matematik disebabkan guru yang sepatutnya mengajar
Matematik tidak melapor diri di sekolah luar bandar.
Selain
itu, jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam Matematik
juga berlaku disebabkan para pelajar tidak mendapat sokongan moral daripada ibu
bapa mereka. Hal ini kerana, kebanyakan ibu bapa yang berada di luar bandar
mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan tidak menyedari akan kepentingan anak-anak mereka mendapat pendidikan di
sekolah lebih-lebih lagi kepentingan mempelajari Bahasa Inggeris. Lagipun, ibu bapa di luar bandar tidak berfikiran terbuka dan optimis dalam setiap perkara yang berkaitan dengan pelajaran anak-anak mereka.
Justeru,
sistem pendidikan negara mengalami perubahan yang lebih bertepatan dengan
keperluan setempat. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih
berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara berterusan
dari masa ke sesama.