Rabu, 4 April 2018

KAJIAN LEPAS

Pencapaian Pelajar

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pencapaian Pelajar dalam Matematik di FPTV UTHM
Menurut Wan Hamidah Nadrah, M. (2017), Matematik adalah salah satu subjek penting dalam kehidupan seharian. Namun, sering dikatakan kebanyakkan pelajar kurang meminati subjek Matematik. 

Keberkesanan Pembelajaran Koperatif Terhadap Pencapaian dan Motivasi Murid Sekolah Menengah dalam Pembelajaran Bahasa Melayu
Pendekatan koperatif dapat meningkatkan pencapaian dan motivasi murid di samping membantu guru menjalankan pengajaran koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Zamri Mahamod, 2017).

Kajian terhadap Perbezaan Pencapaian SPM Pelajar Lelaki dengan Pelajar Perempuan dan Faktor yang Mempengaruhinya
Apizo B. Safien dan Nik Syuharul (2014) mengatakan bahawa kajian ini ialah untuk melihat perbezaan pencapaian Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pelajar lelaki dengan pelajar perempuan di Maktab Rendah Sains MARA Terendak Melaka dan meninjau sejauh mana faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian mereka. 

Kesan Penggunaan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif dalam Matematik terhadap Tahap Pencapaian dan Sikap Pelajar Tingkatan 1
Menurut Suzemie Ayu Ramli (2013), penggunaan Magic Marble dengan Pembelajaran Koperatif memberi kesan terhadap sikap dan tahap pencapaian pelajar dalam topik Integer Matematik tingkatan satu. 

Perkaitan Amalan Spiritual dengan Pencapaian Akademik Pelajar
Menurut Salasiah Hanin Hamjah et al. (2012), faktor yang mempengaruhi tahap pencapaian akademik seseorang pelajar ialah faktor sosioekonomi, tahap pendidikan ibu bapa, pendapatan keluarga, motivasi diri, gaya pengajaran guru dan juga gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. 

Hubungan di antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Akademik Pelajar
Kajian seterusnya oleh Azizi Yahaya et al. (2011), bertujuan untuk mengetahui adakah terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. 

Pendidikan di Bandar dan Luar Bandar

Faktor Penyumbang terhadap Pencapaian Matematik Murid Luar Bandar
Menurut Abdul Said, A. dan Rosmidha, M. (2017), pelbagai kaedah yang digunakan oleb para pendidik untuk memastikan Matematik dapat dikuasai oleh murid di setiap peringkat sekolah. Salah satu kaedah yang sering dilakukan oleh guru subjek Matematik adalah dengan memberi penekanan yang secukupnya kepada latih tubi sarna ada di sekolah mahupun semasa berada di rumah. 

Educational Quality Differences In A Middle-Income Country : The Urban-Rural Gap In Malaysian Primary Schools
Zamrud (2013) mengatakan bahawa sekolah luar bandar didapati mempunyai iklim sekolah yang sedikit berbeza daripada iklim sekolah di bandar. 

Jurang Digital dan Pendidikan di Luar Bandar : Tahap Literasi
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Pelajar
Menurut Hazura, Hairulliza, Siti Fadzilah, M., dan Zawiyah, M., (2011), jurang digital merujuk kepada ketaksamaan peluang mengakses Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) di antara kawasan bandar dan luar bandar. 

Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-murid Sekolah Rendah di Luar Bandar
Abdul Rasid (2011) mengatakan bahawa kemahiran membaca dan menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. 

Isu Pendidikan Luar Bandar di Perak
Menurut Kasa Zakaria et al. (2010), kajian ini dijalankan bertujuan meninjau isu pendidikan di sekolah-sekolah luar bandar di negeri Perak. 

Jurang Pendidikan Antara Murid Asli Dan Murid Di Bandar
Selain faktor ekonomi, geografi, personaliti individu, serta faktor masyarakat, faktor utama lain yang menjadi pengaruh kepada keciciran dalam pencapaian akademik adalah faktor pemakanan kanak-kanak Orang Asli. Ini adalah kerana pemakanan yang baik dan sihat akan mempengaruhi perkembangan kognitif dan kecerdasan akal (Benton, 2010 ; Ross, 2010).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan