Rabu, 4 April 2018

PENGENALAN

Pencapaian pelajar bergantung kepada beberapa faktor. Antara satu faktor yang menyebabkan berlakunya jurang pencapaian pelajar adalah lokaliti. Lokaliti boleh dibahagi kepada dua iaitu kawasan bandar dan luar bandar.

            Jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar menjadi isu yang diperdebatkan. Seperti diketahui, pencapaian pelajar sekolah luar bandar jauh berbeza dengan pencapaian sekolah luar bandar. Pada peringkat awal Pembangunan pendidikan di Malaysia tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber mencukupi. Sebaliknya, peluang menikmati pendidikan bagi penduduk di luar bandar dan pedalaman amat terhad. Malah sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan dari segi infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan masyarakat. 





Jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam Matematik juga antara isu yang timbul dek kerana penggunaan Bahasa Inggeris dalam Pdpc di sekolah. Matematik adalah matapelajaran yang sukar. Keadaan bertambah buruk lagi apabila terpaksa akur dengan saranan kerajaan yang mencadangkan Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Inggeris sejak tahun 2003. Hal ini disebabkan oleh kekurangan guru-guru yang berkemahiran bertugas di luar bandar. Masalah ketidaksepadanan opsyen dalam kalangan guru telah mengakibatkan proses Pdpc terganggu. Sebagai contoh, guru yang bukan opsyen Matematik terpaksa mengajar matematik disebabkan guru yang sepatutnya mengajar Matematik tidak melapor diri di sekolah luar bandar. 

Selain itu, jurang pencapaian pelajar sekolah bandar dan luar bandar dalam Matematik juga berlaku disebabkan para pelajar tidak mendapat sokongan moral daripada ibu bapa mereka. Hal ini kerana, kebanyakan ibu bapa yang berada di luar bandar mempunyai tahap pendidikan yang rendah dan tidak menyedari akan kepentingan anak-anak mereka mendapat pendidikan di sekolah lebih-lebih lagi kepentingan mempelajari Bahasa Inggeris. Lagipun, ibu bapa di luar bandar tidak berfikiran terbuka dan optimis dalam setiap perkara yang berkaitan dengan pelajaran anak-anak mereka.

Justeru, sistem pendidikan negara mengalami perubahan yang lebih bertepatan dengan keperluan setempat. Apa yang pasti, jurang pendidikan masih berlaku dan akan dapat dikurangkan dengan penyediaan asas secara berterusan dari masa ke sesama.

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130907/dn_14/Jurang-perbezaan-membimbangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan